MUHAMMAD HAFIZAL FAIZ BIN SUHAIME

MUHAMMAD HAFIZAL FAIZ BIN SUHAIME

Oleh: Mohd Amir Aizat Sainon

Gambar oleh: SELECT UUM

UUM ONLINE: Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM), Dick Lim Yew Teck yang juga Rakan Pengurusan dan Pengasas Bersama Foodabox Dot Com Sdn. Bhd. telah dipilih sebagai penerima Anugerah Pencapaian Keusahawanan 2021 (Entrepreneurial Achievement Award) oleh Beta Gamma Sigma (BGS), sebuah persatuan penghormatan akademik antarabangsa yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Dicalonkan oleh BGS Chapter UUM, Yew Teck menerima pengiktirafan tersebut berdasarkan kecemerlangan kepimpinan yang ditunjukkannya.

Anugerah Pencapaian Keusahawanan Beta Gamma Sigma ini mengiktiraf individu yang membangun, mengurus dan meningkatkan usaha niaga yang baharu dengan berjaya.

Mengulas kejayaan itu, Yew Teck merakamkan ucapan terima kasih kepada BGS Chapter UUM kerana sudi mencalonkan namanya dan mengiktiraf usaha yang dilakukannya.

"Saya amat berbangga dapat mengharumkan nama baik universiti dan berharap pencapaian yang amat bermakna ini menjadi bukti kemampuan UUM dalam menghasilkan bakat besar yang boleh menyumbang kembali kepada masyarakat," kata graduan Sarjana Muda Keusahawanan dengan mendapat Kepujian Kelas Pertama pada 2015.

 

Yew Teck mempunyai minat mendalam dalam bidang keusahawanan juga merupakan penerima Pingat Emas Naib Canselor, Pingat Emas Timbalan Naib Canselor dan Pingat Emas Keusahawananan pada Majlis Konvokesyen UUM.

Syarikat yang dibangunkannya, Foodabox telah menjadi salah satu pengeluar pembungkusan makanan yang berkembang pesat di Malaysia, menawarkan produk dan perkhidmatan kepada pelanggan iaitu sebuah syarikat yang menjana pendapatan lebih dari RM100 juta setahun.

Sejak ditubuhkan pada 2014, Foodabox telah mengedarkan lebih dari 8 juta pembungkusan lestari, mengitar semula lebih dari 5 tan sisa kertas dan menyokong pelanggan yang memerlukan pelbagai produk dengan menyediakan pembungkusan makanan yang unik dan direka oleh pakar untuk pelbagai industri, termasuk makanan dan minuman, hospitaliti serta syarikat penerbangan.

 

Chapter BGS layak mencalonkan individu untuk Anugerah Pencapaian Keusahawanan berdasarkan kriteria seperti usahawan yang membangun, mengurus dan melancarkan usaha niaga yang baharu dengan berjaya atau usaha keusahawanan sosial yang melalui hasil operasinya terbukti menjadi konsep yang lestari.

Penerima anugerah utama ini telah mengambil risiko memulakan perniagaan atau usaha niaga/ idea baharu di dalam organisasi yang lebih besar bertujuan memberi fokus kepada usahawan-usahawan yang merupakan pihak yang memacu inovasi dan menyokong idea-idea baharu.

Antara tokoh yang pernah menerima pengiktirafan ini ialah Pengasas Danimation Entertainment, LLC,  Danielle ‘Dani’ Bowman; Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif/Pengerusi Lembaga Pengarah, Essent Group Ltd., Mark A. Casale dan Presiden Rhino Foods & The Rhino Foods Foundation, Ted Castle.

 

OLEH: FAIZATUL FAUZI
GAMBAR OLEH: HAFIZAL FAIZ

 

Sintok- Program Alumni Bonding Jom Ngopi @ He & She Coffee cawangan Universiti Malaya berjaya mengumpul sumbangan RM1000 daripada para alumni yang hadir baru-baru ini.

Oleh: Faizatul Fauzi

Gambar Oleh: Hafizal Faiz

 

Kuala Lumpur– Seramai 37 Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM) mengadakan pertemuan dengan Ahli Lembaga Pengarah Universiti (LPU), Datuk Muzammil Mohammad dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni (TNC), Prof Madya Dr Hendrik Lamsali di He & She Coffee Universiti Malaya baru-baru ini.

Pertemuan yang penuh dengan nostalgia itu berlangsung di He & She Coffee (Cawangan Universiti Malaya) milik Encik Zulkiflee Yusof, alumni Sarjana Muda Perakaunan tahun 1998.

Menurut Pengarah Pusat Alumni UUM, Prof Madya Dr Lily Julienti Abu Bakar pertemuan ini diadakan bagi merapatkan hubungan alumni dengan pihak Universiti serta menyampaikan penerangan fungsi dan hala tuju Pusat Alumni UUM kepada semua yang hadir.

Turut hadir dalam majlis ini adalah Datuk Mazlan Zainal dan Encik Nasiruddin yang merupakan antara 300 orang pelajar terawal UUM serta Mantan Pengetua Taman Siswa Jitra yang pertama, Datuk Abu Seman Awang.

Dalam pertemuan itu juga, Datuk Muzammil Mohammad yang juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Universiti (LPU) yang pertama dari kalangan alumni UUM, turut menyeru kepada semua alumni untuk menyumbang kembali kepada Alma Mater mereka dalam apa jua cara, seperti mengadakan kempen “1 Alumni 1 Ringgit” dan sebagainya.

Pada akhir pertemuan tersebut, Pusat Alumni menerima sumbangan sebanyak RM1000 daripada alumni yang hadir.

 

Tonton video : https://youtu.be/LN6SAoqRHtg

 

Oleh: Samsudin Oli Mohamed

Gambar oleh: Pusat Alumni

 

UUM ONLINE: Kuala Lumpur -Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya Dr .Hendrik Lamsali telah mengadakan pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), Dato’ Sri Dr. Sabin Samitah, baru-baru ini.

Page 13 of 24