MUHAMMAD HAFIZAL FAIZ BIN SUHAIME

MUHAMMAD HAFIZAL FAIZ BIN SUHAIME

THE RAJA MUDA KEDAH GRANTS THE VICE-CHANCELLOR AN AUDIENCE
 
UUM ONLINE: Alor Setar - His Royal Highness (HRH) Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, the Raja Muda of Kedah Darul Aman granted the Vice-Chancellor, Prof. Dato' Dr. Ahmad Bashawir Abdul Ghani an audience at Wisma Darulaman recently.
The aim of the audience was to apprise HRH on several matters including the Royal Convocation Ceremony and Inauguration of the Universiti Utara Malaysia (UUM) Pro-Chancellors Ceremony.

Pusat Alumni UUM telah mengorak langkah dengan memperbanyakkan lagi saluran-saluran yang boleh mengeratkan hubungan antara Alumni & UUM.

Inisiatif terbaharu yang dilaksanakan oleh Pusat Alumni ialah melancarkan Alumni Newsletter melalui e-mail kepada semua alumni.

 

"Reminiscing The Past, Embracing The Future"

Ikuti Kami :
Channel Telegram : https://t.me/alumniUUM
Facebook Rasmi : https://www.facebook.com/PusatAlumniUUM

Oleh: Nur Faizatul Fuzai @ Fauzi (Pelajar SCIMPA)

Gambar oleh: Pusat Alumni

UUM ONLINE: Mengembalikan nostalgia sepanjang bergelar pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM), ‘Sembang-Sembang Otai Alumni Siri 1’ anjuran Pusat Alumni menampilkan alumni UUM dari tahun 1989 hingga 1993 untuk berkongsi memori yang tidak dapat dilupakan menerusi Facebook Live Alumni UUM, baru-baru ini.

Antara alumni UUM yang dijemput ialah Pengurus Serantau ASEAN Qatar Airways, Dato’ Muzammil Mohamad (Sarjana Muda Perakaunan, 1992), Pengurus Besar Bahagian Pembangunan Sumber Manusia ANGKASA, Abdul Rahim Abdul Rahman (Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan, 1993), Ketua Pegawai Eksekutif Mutiara Teknologi Sdn Bhd, Abdul Hafidz Win (Sarjana Muda Perakaunan,1993), Ketua Pegawai Eksekutif Camden Enterprise, Madihah Ab Aziz (Sarjana Muda Pentadbiran Awam, 1992), Presiden Usrah Associates Plt, Samian Senin (Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan, 1992), dan penulis buku/jurulatih bebas /Agroprenuer, Mohd Zamri Aminuddin (Sarjana Muda Perakaunan, 1991) bersama Pengarah Pusat Alumni, Prof. Madya Dr. Lily Julienti Abu Bakar selaku moderator.

Dalam Sembang-sembang Otai itu, panelis bukan sahaja mengimbau kenangan, malah berkongsi tips dan panduan dalam pelbagai aspek antaranya pembabitan dalam ko-kurikulum, bagaimana menjalan perniagaan semasa belajar, langkah permulaan untuk menceburi bidang penulisan dan bagaimana hendak berdepan dengan kecaman dalam kehidupan.

Di akhir perkongsian, semua alumni mengingatkan pelajar agar memanfaatkan masa dan peluang ketika berada di universiti untuk menambah pengalaman dan ilmu pengetahuan kerana ia menjadi asas untuk menjadi seorang yang berjaya pada masa hadapan.

Page 15 of 24