Kepada yang berminat untuk membeli buku ini boleh hubungi Tuan Hj Samian Senin.
Klik untuk membeli : https://wa.link/ncu6c5
SETIAP PEMBELIAN RM3 AKAN DISUMBANGKAN KEPADA TABUNG ALUMNI UUM
OLEH: FAIZATUL FAUZI
GAMBAR OLEH: HAFIZAL FAIZ
ALUMNI HOMECOMING: MISI 4 FLAT
Sintok: Pusat Alumni telah menganjurkan program Alumni Homecoming: Misi 4 Flat yang dikendalikan oleh Pengarah Pusat Alumni Prof Madya Dr. Lily Julienti Abu Bakar selaku moderator.
UUM ONLINE: UUM bukan sahaja tempat mencari ilmu kepada pelajar, malah menjadi ruang untuk mencari rezeki kepada staf sama ada akademik mahupun pentadbiran.
Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Prof Dr. Ram al-Jaffri Saad berkata, Allah SWT mencipta manusia berperingkat-peringkat dari individu, keluarga dan masyarakat.
Menurutnya, UUM telah mengajar banyak perkara sepanjang tempoh beliau di sini. Individu adalah untuk berilmu, keluarga untuk berbudi dan masyarakat untuk berbakti selari dengan moto UUM iaitu Ilmu, Budi, Bakti.
Katanya, dengan ilmu yang dimiliki, ciptalah budi (akhlak) yang boleh dicontohi oleh ahli keluarga, saudara mara dan sahabat terdekat. Budi yang baik akan dikenang sepanjang hayat.
“Dengan budi yang disemai, berbuatlah bakti kepada masyarakat. Apa guna ilmu dan budi jika kita tak dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara.
“Kita harus mencari keberkatan ilmu dengan berbudi dan berbakti kepada orang lain. Allah akan memberi ganjaran lebih lagi. Itulah UUM yang mengajar saya tentang ILMU, BUDI dan BAKTI,” kata Pengarah UUM Press itu.
Sementara itu, Penolong Pegawai Tadbir, Rodiah Halim amat bersyukur ke hadrat Allah dan UUM yang menghargai jasanya yang berkhidmat selama 37 tahun sejak 11 Ogos 1984.
“Banyak momen indah bersama UUM sejak dari Tanah Merah hinggalah berpindah ke UUM Sintok pada 1990 malah UUM banyak membentuk diri saya sekeluarga berdisplin dalam kehidupan seharian malah puas dapat menyaksikan pelbagai kejayaan yang dicapai
di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
“Yang penting, setiap kerja yang dilakukan mesti ikhlas, bekerja dalam pasukan, saling bantu membantu antara satu sama lain, bekerja dalam keadaan yang menggembirakan barulah kerja menjadi satu ibadah. Sejujurnya saya amat berbangga menjadi sebahagian daripada pembangunan di UUM yang semakin berkembang pesat,” katanya.
Manakala Pengarah Pusat Alumni UUM, Prof. Madya Dr. Lily Julienti Abu Bakar berkata, UUM membentuk dirinya untuk mempunyai jati diri yang kuat.
Menurutnya, UUM telah mendidiknya untuk menjadi modal insan yang bekerja dengan keikhlasan dan berbakti kepada universiti dalam bentuk sumbangan intelektual serta kepakaran mengurus.
Menurutnya, cabaran tidak terkecuali, Insya-Allah dapat diharungi sekiranya sentiasa merendah diri dan sentiasa belajar daripada kesilapan.
“Banyak memori indah, di sini tempat menimba ilmu dan di bumi Sintok ini jualah kembali berbudi dan berbakti untuk mencurahkan keringat, benarlah setiap rezeki itu, Allah telah tentukan.
“Semoga UUM terus unggul di persada dunia sebagai sebuah institusi yang melahirkan insan hebat yang tidak jemu menabur bakti kepada negara tercinta. Jasamu dikenang sehingga jasad di kandung badan,” katanya.