Tuesday, 06 April 2021 10:39

ALUMNI UUM ANTARA PENERAJU PENGURUSAN LEMBAGA SEKOLAH ZAKAT KEDAH

Written by
Oleh: Hafizal Faiz
Gambar: Hafizal Faiz
 
Alor Setar: Pengarah Pusat Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof. Madya Dr Lily Julienti Abu Bakar telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Pegawai Operasi Lembaga Pengurusan Sekolah Zakat Kedah, Dr Faisal Mustaffa baru-baru ini.
Tujuan lawatan ini adalah untuk mengeratkan hubungan antara alumni dan UUM disamping membincangkan perancangan strategik yang boleh dikolaborasikan bersama.
 
Disamping itu, Pengarah Pusat Alumni turut memberi sedikit taklimat ringkas berkenaan hala tuju serta fungsi Pusat Alumni UUM.
 
Turut hadir, beberapa staf pengurusan Sekolah Zakat Kedah, guru-guru yang juga merupakan alumni UUM.