UUM ONLINE: Mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) perlu menitikberatkan soal pembangunan rohani dan jasmani dalam mengerjakan amalan ibadah untuk kesihatan mental.
Sesungguhnya kepentingan untuk menjaga emosi sentiasa ditekankan oleh agama Islam bagi memastikan umatnya berada pada landasan akhlak yang terpelihara.
Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS) yang juga alumni universiti ini Dr. Mohd. Adib Abd Muin dalam khutbah Jumaat lalu di Masjid Sultan Badlishah UUM turut berkongsi laporan media yang melaporkan menjelang tahun 2030, negara bakal berdepan dengan krisis kesihatan mental yang lebih serius dan kedua tertinggi selepas penyakit jantung.
“Justeru, meningkatkan pengamalan dalam ibadah harian merupakan asas memelihara kesejahteraan emosi dan mental,” ujar beliau.
Oleh itu kesihatan mental perlu dijaga agar tidak menjejaskan masyarakat terutamanya warga universiti.
Laporan dari tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Mobirditi 2019 yang dikeluarkan oleh Institut Kesihatan Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), turut melaporkan sebanyak 2.3 peratus rakyat mengalami kemurungan dan masalah kesihatan mental di Malaysia.
Manakala, 3.2 peratus golongan bujang mengalami kesihatan mental berbanding hanya 1.8 peratus golongan yang berkahwin.
Bagi golongan B40 pula catatan kemurungan paling tinggi yang dilaporkan iaitu 2.7 peratus berbanding M40 dengan kadar 1.7 peratus dan T20 sebanyak 0.5 peratus.
Oleh itu beliau menggariskan beberapa amalan gaya hidup yang sihat untuk diamalkan bagi mengurangkan masalah kesihatan mental termasuk rawatan kaunseling dan psikologi berdaftar seperti pakar Psikiatri selain dari meningkatkan amalan ibadah.
“Moga dengan mengingati Allah SWT selalu, kita bukan sahaja akan tenang dan tenteram malah jiwa kita tidak mudah terjerumus ke dalam perkara yang negatif dan berdosa. Mempercayai dan meyakini tentang kewujudan Allah SWT akan menjadikan seseorang itu sentiasa bersyukur, bermuhasabah diri, bertawakal, sabar dan redha kepada Allah SWT,” dalam khutbahnya.
Amalan paling penting sebagai umat Islam perlulah meningkatkan amalan solat serta meninggalkan perkara-perkara yang haram dan syubhat. Sentiasalah bermunajat kepada Allah SWT serta sering menghidupkan sunnah Nabi Muhammad SAW.
Beliau yang juga Penolong Ketua Kompeni Pasukan Pegawai Latihan Simpanan (PALAPES) UUM telah dipilih sebagai Khatib jemputan dalam program Khutbah Jumaat #AlumniUUM yang dianjurkan secara kerjasama antara Pusat Alumni dengan Pusat Islam UUM baru-baru ini, dengan tajuk khutbah beliau ‘Kesejahteraan dan Kesihatan Mental Perlu dijaga’.
Teks khutbah yang sama turut dibacakan di Masjid Imam As-Syafie UUM pada hari yang sama oleh Timbalan Pengarah Pusat Alumni, Halim Md. Yatim.
Moga khutbah yang disampaikan ini dapat membantu mahasiswa kampus ini dalam melalui tempoh peperiksaan yang sedang berlangsung ketika ini.
Oleh: Mardiana Ishak (OYAGSB MBA Student)
Gambar Oleh: OYAGSB
UUM ONLINE: Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business (OYAGSB) continues to strengthen its collaboration with industry players by bridging theoretical and managerial perspectives in academic lectures in order to provide opportunities for more applied research.
The owner of Mewah Maju Abadi Sdn Bhd and Mewah Kurnia Abadi Sdn Bhd as well as the franchisee operator for Marrybrown Fried Chicken, Mdm. Norharizan Hussain, recently gave a talk via Webex to 40 MBA students enrolled in OPMM 6013 Strategic Marketing about her 30 years of experience working in the fast-food industry.
Marrybrown is the largest chain of Halal-certified fast-food restaurants in the world. Started in 1981, it pioneered the fast-food franchise industry in Malaysia. Only in 1987 did Marrybrown begin offering its business as a franchise opportunity to interested parties.
In 1989, Mdm. Norharizan was one of the first trailblazers in Johor to receive training from Marrybrown for a start-up company.
On 10 October 2006, she launched the first location of her Marrybrown restaurant in Souq Albukhary, Alor Setar. During that time, business was booming due to the newly opened Giant supermarket that was situated in close proximity to her Marrybrown restaurant. Her second Marrybrown outlet, located in Star Parade, Alor Setar Kedah, first opened its doors in 2016.
She noted that most of Marrybrown's long-lasting restaurants are located in suburban areas, attributing this to the company's unique strategy of segmenting its marketing efforts by geography. Marrybrown targets Asian and Muslim consumers based on their preferences in terms of comfort and culture. Marrybrown was among the first fast food chains to offer breakfast rice dishes like ‘nasi lemak’.
Technology is required to ensure that the raw materials in the restaurant continue to maintain their freshness and to prevent the sale of food that spoils, which would be detrimental to the reputation of the company. So, important parts of the business plan that the principal of Marrybrown is making are doing research on existing markets and coming up with ideas for new products.
Any business that hopes to be in operation for a significant amount of time must take into account the cost of the employees, which includes the cost of providing ongoing training for those employees. She also emphasised the significance of word-of-mouth advertising and maintaining positive connections within the local community as means of promoting a company.
Mdm. Norharizan has been honoured with several prestigious honours for her outstanding achievements in her field, including the UUM Alumni Icon Awards 2022 and nominations for both the Chartered Management Institute's (CMI) Students of the Year 2022 Award, United Kingdom (UK), and the Advanced Master of Business Administration (AMBA) Focus Group UK.
Meanwhile, Prof. Ts. Dr. Norazah Mohd Suki, Deputy Dean of Research, Innovation, and Knowledge Transfer at OYAGSB, stated that the sharing session supports the Malaysian Education Blueprint 2015-2025 (Higher Education), which emphasises the need to take collaboration between universities and the industry to the next level by allowing the industry to lead curriculum design and delivery through partnership models like apprenticeships, hands-on training, and real-life simulations.
Oleh: Siti Nor Faizah Mohd Basir
Gambar Oleh: Pusat Alumni
UUM ONLINE: Bagi menghargai peranan dan sumbangan belia dalam pelbagai bidang di negara ini, kerajaan memperkenalkan tujuh anugerah baharu dalam Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) pada tahun ini.
Salah seorang penerima merupakan alumni Universiti Utara Malaysia (UUM), lulusan Ijazah Sarjana Muda Hal Ehwal Antarabangsa, Beh Zeng Kang menerima anugerah Ikon Belia Kelestarian Alam 2022 pada majlis yang diadakan, baru-baru ini.
Beliau giat melakukan usaha kelestarian alam di Malaysia melalui penanaman semula pokok-pokok, menjalankan projek kitar semula dan melakukan kempen kesedaran kepada masyarakat.
Idea kelestarian ini bertujuan untuk membendung implikasi ekonomi, sosial dan alam sekitar yang memberi kesan kepada manusia.
Oleh: Siti Nor Faizah Mohd Basir
Gambar Oleh: Pusat Alumni
UUM ONLINE: Biarpun telah lama meninggalkan zaman kampus, namun kecintaan terhadap Universiti Utara Malaysia (UUM) menyatukan 35 alumni bersama-sama keluarga masing-masing untuk kembali ke Sintok bagi memeriahkan Majlis Makan Malam Alumni Homecoming 3rd Batch di Dewan Sri Angsana, EDC-UUM, baru-baru ini.
Kepulangan kumpulan alumni ini adalah salah satu cara menunjukan mereka berbakti kepada alma meter setelah lama meninggalkan UUM iaitu pada tahun 1990.
Pengarah Pusat Alumni, Prof. Madya Dr, Lily Julienti Abu Bakar menyifatkan pertemuan tersebut dapat menyatukan kembali ukhwah yang sekian lama terjalin dan dapat mengekalkan persahabatan yang telah lama dibina sejak 35 tahun dahulu.
"Alhamdulillah, dengan adanya program sebegini kita dapat melihat ramai dalam kalangan kita yang gembira dapat bertemu sahabat-sahabat yang sekian lama ditinggalkan. Saya juga difahamkan bahawa selain pulang ke kampus untuk berjumpa sahabat-handai, alumni juga turut menjalankan usaha sama memberi sumbangan dalam Program Waqaf An-Nur kepada kepada Pusat Alumni UUM bagi tujuan agihan kepada pelajar asnaf.
“Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada alumni kita iaitu Pengurus Besar Waqaf An-Nur Corporation Berhad Johor, Zamri Norani yang juga menaja sumbangan ini sebanyak RM5000 dan tidak lupa kepada semua alumni 3rd Batch kerana sudi menjalankan usaha sama dalam Program Waqaf An-Nur.
“Saya yakin sumbangan alumni dapat memberi manfaat kepada pelbagai pihak dan tentunya akan membuka lagi ruang ke arah merapatkan lagi hubungan silaturahim antara alumni dengan pelajar,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Program Alumni Homecoming 3rd Batch, Mohd. Idris Omar berkata, dia dan rakan-rakan alumni lain berbesar hati dapat kembali ke UUM.
Menurutnya, dia berharap dengan pertemuan pada malam itu akan mengeratkan lagi ukhwah semua alumni dan pada masa sama dapat mengembalikan sesuatu kepada pihak universiti semula.