Monday, 26 December 2022 11:16

ALUMNI UUM IKON BELIA KELESTARIAN ALAM 2022

Written by

 

Oleh: Siti Nor Faizah Mohd Basir

Gambar Oleh: Pusat Alumni

UUM ONLINE: Bagi menghargai peranan dan sumbangan belia dalam pelbagai bidang di negara ini, kerajaan memperkenalkan tujuh anugerah baharu dalam Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) pada tahun ini.

Salah seorang penerima merupakan alumni Universiti Utara Malaysia (UUM), lulusan Ijazah Sarjana Muda Hal Ehwal Antarabangsa, Beh Zeng Kang menerima anugerah Ikon Belia Kelestarian Alam 2022 pada majlis yang diadakan, baru-baru ini.

Beliau giat melakukan usaha kelestarian alam di Malaysia melalui penanaman semula pokok-pokok, menjalankan projek kitar semula dan melakukan kempen kesedaran kepada masyarakat.

Idea kelestarian ini bertujuan untuk membendung implikasi ekonomi, sosial dan alam sekitar yang memberi kesan kepada manusia.

 

 

 

Media