MUHAMMAD HAFIZAL FAIZ BIN SUHAIME

MUHAMMAD HAFIZAL FAIZ BIN SUHAIME

 

Bismillahirahmanirahim.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera kepada semua warga alumni UUM.

Alhamdulillah, Saya bersyukur ke hadhrat Allah Subhanahu Wataala, kerana dengan limpah kurnia-Nya jua, maka kita masih dapat terus menjalani kehidupan seharian walaupun dalam keadaan sedang diuji dengan penularan wabak COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini sudah memasuki Fasa Keempat.

UUM ONLINE: Bahagian Perkhidmatan dan Sokongan Pelajar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar memerlukan sumbangan komputer riba (laptop) untuk diagihkan kepada pelajar dari golongan B40 di universiti ini.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya Dr. Hendrik Lamsali berkata, sumbangan itu kelak akan membantu pelajar di kampus ini yang tidak memiliki kemudahan untuk mengikuti kelas secara online dan menyiapkan tugasan.

Thursday, 02 July 2020 10:35

ZIARAH ALUMNI CARE - PULAU PINANG

Alhamdulillah pada hari ini 1 Julai 2020 wakil Pusat Alumni UUM telah menziarahi #AlumniUUM iaitu saudara Mohd Jamil bin Mustafa | Sarjana Muda Teknologi Maklumat (2008) yang sakit kencing manis dan kehilangan upaya kedua-dua belah kakinya dipotong. Lawatan ziarah ini adalah lanjutan daripada hebahan bantuan perubatan dan Pusat Alumni telah memberi sedikit sumbangan kepada beliau melalui Tabung Kebajikan Alumni. Kini beliau memerlukan bantuan sumbangan untuk membuat kaki palsu sebanyak RM 15,000.00 (sepasang) bagi membolehkan beliau bekerja semula. Semoga beliau diberikan kekuatan dan kesembuhan. Aamiin.

Pusat Alumni diwakili oleh En. Hafizal Faiz & En.Wan Mohd Iskandar.

Sekian.

Page 22 of 24