MUHAMMAD HAFIZAL FAIZ BIN SUHAIME

MUHAMMAD HAFIZAL FAIZ BIN SUHAIME

Oleh : Omar Ibrahim

Gambar : Wan Mohd Iskandar

Pusat Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menganjurkan program Majlis Bacaan Yassin & Tahlil sempena Hari Alumni UUM bagi tahun 2020.

Majlis yang berlangsung di Masjid Sultan Badlishah, UUM dihadiri oleh Penolong Pengarah Kanan Pusat Alumni En Omar Ibrahim, alumni-alumni UUM, serta Staf UUM.

Bacaan Yassin dan tahlil diketuai oleh Ustaz Firdaus iaitu Pegawai Hal Ehwal Agama, Pusat Islam UUM untuk memperingati tenaga pengajar, alumni UUM beragama islam yang telah meninggal dunia dan majlis diakhiri dengan jamuan ringan yang disumbang oleh alumni UUM.

Hari Alumni UUM ditetapkan setiap 30 Julai sempena tarikh Konvokesyen UUM yang pertama pada 30 Julai 1988.

 

 

Oleh : Khairul Azman

Gambar : Wan Mohd Iskandar

Seramai 30 orang alumni Universiti Utara Malaysia (UUM) menyertai Kayuhan Sihat Alumni UUM sekali gus menyemarakkan lagi sambutan Bulan Pengasasan UUM.

Menurut Pengarah Pusat Alumni, Dr Muslimin Wallang, Pusat Alumni UUM mengadakan kayuhan basikal secara santai bagi memeriahkan sambutan Bulan Pengasasan UUM yang disambut pada bulan Februari setiap tahun.

Sunday, 13 September 2020 14:19

ALUMNI UUM JELAJAH MERDEKA @ BUKIT BUNGA RAYA

Oleh : Hafizal Faiz

Gambar : Wan Mohd Iskandar

Sempena menyambut Hari Kemerdekaan ke-63, Pusat Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM) menganjurkan program Alumni Engagement: Jelajah Merdeka Bukit Bunga Raya (BBR).Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada Alumni dan Staf UUM mengenai sejarah Lembah Sintok yang diisytiharkan oleh Kerajaan Malaysia sebagai Kawasan Hitam pada zaman Komunis.

Pengarah dan warga kerja Pusat Alumni UUM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada

Ybrs. Tuan Haji Asri bin Ab Rahman | Sarjana Muda Pengurusan Awam (1990)

di atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah, Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia.

SELAMAT BERTUGAS.

Page 21 of 24