“Kayuhan sejauh 12 kilometer ini melibatkan peserta di kalangan alumni yang juga merupakan staf UUM dalam usaha mengeratkan hubungan antara alumni dengan Pusat Alumni UUM.
“Acara ini juga selaras dengan hasrat negara yang mahu melihat warga Malaysia yang sihat, aktif, cergas dan berdaya saing dalam menghadapi cabaran membangunan negara,” ujarnya.
Sementara itu, Wira Syawal Abu Seman, menyifatkan acara ini berupaya memartabatkan sukan berbasikal yang ideal untuk kesihatan di samping menjadi platform bertukar idea dengan peserta lain.
“Beliau yang juga merupakan alumni Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (2013) turut berasa puas dapat mengerah seluruh tenaga dalam perjalanan yang jauh sekali gus menguji ketahanan mental dan fizikal.
“Saya cukup teruja sepanjang satu jam kayuhan dan memang seronok kayuh beramai-ramai sambil mendapat berborak dengan rakan sekerja yang lain disamping menikmati pemandangan indah kampus UUM,” luahnya.
“Peserta cukup cekap, mempamerkan semangat setiakawan yang tinggi serta menamatkan kayuhan dengan selamat sejahtera,” ulasnya.
Selain menyihatkan badan, kayuhan ini memberi peluang kepada peserta menikmati panorama alam yang indah merentasi kawasan kampung, bukit bukau dan hutan menghijau.

