Thursday, 02 July 2020 10:35

ZIARAH ALUMNI CARE - PULAU PINANG

Written by

Alhamdulillah pada hari ini 1 Julai 2020 wakil Pusat Alumni UUM telah menziarahi #AlumniUUM iaitu saudara Mohd Jamil bin Mustafa | Sarjana Muda Teknologi Maklumat (2008) yang sakit kencing manis dan kehilangan upaya kedua-dua belah kakinya dipotong. Lawatan ziarah ini adalah lanjutan daripada hebahan bantuan perubatan dan Pusat Alumni telah memberi sedikit sumbangan kepada beliau melalui Tabung Kebajikan Alumni. Kini beliau memerlukan bantuan sumbangan untuk membuat kaki palsu sebanyak RM 15,000.00 (sepasang) bagi membolehkan beliau bekerja semula. Semoga beliau diberikan kekuatan dan kesembuhan. Aamiin.

Pusat Alumni diwakili oleh En. Hafizal Faiz & En.Wan Mohd Iskandar.

Sekian.