“Dengan adanya sumbangan komputer riba itu diharapkan dapat mengurangkan bebanan mereka terutamanya pelajar B40 ini.
“Kita akan bekerjasama dengan Pusat Alumni UUM, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Inapan Siswa untuk mendapatkan sumbangan tersebut daripada pelbagai pihak seperti Alumni UUM, badan korporat, badan berkanun, badan bukan kerajaan (NGO), swasta dan orang perseorangan agar hasrat universiti untuk membantu pelajar terlibat dapat direalisasikan,” katanya.
Sumbangan boleh disalurkan atas Sumbangan Komputer Riba UUM, Bendahari UUM melalui akaun Bank Islam Malaysia Berhad (0209-3010-0000-10).
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh hubungi Pengarah Bahagian Perkhidmatan dan Sokongan Pelajar, Dr. Rajwani Md Zain di talian 013-438 0900 atau Pengarah Pusat Alumni, Dr. Muslimin Wallang (019-571 9770).

