MUHAMMAD HAFIZAL FAIZ BIN SUHAIME

MUHAMMAD HAFIZAL FAIZ BIN SUHAIME

Friday, 26 August 2022 11:18

Khutbah Jumaat Alumni UUM

Oleh : Siti Nor Faizah Binti Mohd Basir

SINTOK – Pusat Alumni UUM dalam usaha mendekatkan alumni-alumni UUM dengan kampus telah menjemput alumni UUM, Dr. Muhammad Yusry Affandy B. Md. Isa, bagi menyampaikan Khutbah Jumaat baru-baru ini bersempena dengan bulan kemerdekaan.

Ikuti rakaman khutbah jumaat ini pada pautan https://youtu.be/gdoB5lZPDFQ 

 

 

Monday, 15 August 2022 12:37

Majlis Penghargaan Pusat Alumni.

Oleh : Siti Nor Faizah Binti Mohd Basir

SINTOK -  Pada 15 Ogos, Pusat Alumni UUM telah mengadakan sambutan majlis perpisahan bagi meraikan bekas staf Pusat Alumni iaitu Encik Muhammad Hafizal Faiz bin Suhaime, Hafidzah binti Othman dan Anis Zulaikha binti Kamal yang telah bertukar ke jabatan lain.

Majlis ini diadakan bagi menghargai sumbangan dan khidmat jasa mereka sepanjang berkhidmat bersama-sama Pusat Alumni UUM.

Di kesempatan ini, pihak Pusat Alumni mengucapkan ribuan terima kasih dan berharap agar mereka dapat memanfaatkan segala ilmu serta pengalaman yang diperolehi di Pusat Alumni digunakan di masa hadapan kelak.

Oleh : Siti Nor Faizah Binti Mohd Basir

Melaka - Pengarah Pusat Alumni UUM, Prof. Madya Dr. Lily Julienti Abu Bakar bersama-sama staf Pusat Alumni telah mengadakan mesyuarat berimpak tinggi bersama Alumni Usrah Associate dan turut mengadakan lawatan jaringan alumni yang bertempat di Melaka.

Program berimpak tinggi bersama alumni merupakan agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat yang dijalankan bersama Pengurus Usrah Associate, Tuan. Haji. Samian bin Senin.

Turut hadir pada mesyuarat itu Pengerusi Masjid Tun Razak Melaka, Tn Hj Zainal bagi membincangkan program komuniti Pusat Alumni UUM bersama  jemaah masjid, pelajar-pelajar sekolah, pelajar asnaf dan anak-anak sinar harapan pada bulan September nanti.

Selain itu, Pusat Alumni UUM juga mengadakan lawatan jaringan alumni di Stadthuys Kafe yang turut dihadiri oleh alumni-alumni UUM yang lain.

Oleh : Siti Nor Faizah Binti Mohd Basir

Melaka – Pada 12 Ogos satu delegasi Pusat Alumni UUM yang diketuai oleh Pengarah Pusat Alumni, Profesor Madya Dr. Lily Julienti Abu Bakar turut serta bersama-sama delegasi Pusat Alumni Universiti Awam Malaysia lain bermesyuarat di UTeM Melaka sempena sesi lawatan tapak bagi persiapan penganjuran Majlis Makan Malam Alumni Pulang ke Gagang Tahun 2022.

Mesyuarat Penyelarasan Majlis Alumni Pulang ke Gagang Universiti Awam Malaysia (UA) bersama Pengarah-Pengarah Pusat Alumni UA ini dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Teknikal Melaka.

Page 2 of 24