Oleh : Siti Nor Faizah Binti Mohd Basir
Melaka – Pada 12 Ogos satu delegasi Pusat Alumni UUM yang diketuai oleh Pengarah Pusat Alumni, Profesor Madya Dr. Lily Julienti Abu Bakar turut serta bersama-sama delegasi Pusat Alumni Universiti Awam Malaysia lain bermesyuarat di UTeM Melaka sempena sesi lawatan tapak bagi persiapan penganjuran Majlis Makan Malam Alumni Pulang ke Gagang Tahun 2022.
Mesyuarat Penyelarasan Majlis Alumni Pulang ke Gagang Universiti Awam Malaysia (UA) bersama Pengarah-Pengarah Pusat Alumni UA ini dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Teknikal Melaka.

