Oleh : Siti Nor Faizah Binti Mohd Basir
SINTOK - Pada 15 Ogos, Pusat Alumni UUM telah mengadakan sambutan majlis perpisahan bagi meraikan bekas staf Pusat Alumni iaitu Encik Muhammad Hafizal Faiz bin Suhaime, Hafidzah binti Othman dan Anis Zulaikha binti Kamal yang telah bertukar ke jabatan lain.
Majlis ini diadakan bagi menghargai sumbangan dan khidmat jasa mereka sepanjang berkhidmat bersama-sama Pusat Alumni UUM.
Di kesempatan ini, pihak Pusat Alumni mengucapkan ribuan terima kasih dan berharap agar mereka dapat memanfaatkan segala ilmu serta pengalaman yang diperolehi di Pusat Alumni digunakan di masa hadapan kelak.

