Sunday, 28 August 2022 12:32

Mesyuarat Program Berimpak Tinggi bersama Alumni & Jaringan Alumni.

Written by

Oleh : Siti Nor Faizah Binti Mohd Basir

Melaka - Pengarah Pusat Alumni UUM, Prof. Madya Dr. Lily Julienti Abu Bakar bersama-sama staf Pusat Alumni telah mengadakan mesyuarat berimpak tinggi bersama Alumni Usrah Associate dan turut mengadakan lawatan jaringan alumni yang bertempat di Melaka.

Program berimpak tinggi bersama alumni merupakan agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat yang dijalankan bersama Pengurus Usrah Associate, Tuan. Haji. Samian bin Senin.

Turut hadir pada mesyuarat itu Pengerusi Masjid Tun Razak Melaka, Tn Hj Zainal bagi membincangkan program komuniti Pusat Alumni UUM bersama  jemaah masjid, pelajar-pelajar sekolah, pelajar asnaf dan anak-anak sinar harapan pada bulan September nanti.

Selain itu, Pusat Alumni UUM juga mengadakan lawatan jaringan alumni di Stadthuys Kafe yang turut dihadiri oleh alumni-alumni UUM yang lain.