MUHAMMAD HAFIZAL FAIZ BIN SUHAIME

MUHAMMAD HAFIZAL FAIZ BIN SUHAIME

Pengarah Pusat Alumni, Prof. Madya Dr. Lily Julienti telah mengadakan Lawatan Rakan Kolaborasi UUM Alumni Privilege Card bertempat di Mata Optometris, Puncak Alam, Selangor.

Mata Optometris merupakan salah satu daripada 40 syarikat yang berdaftar sebagai Rakan Kolaborasi Pusat Alumni.

Para alumni UUM boleh mendapatkan diskaun istimewa daripada Mata Optometris dengan menunjukkan UUM Alumni Privilege Card semasa membuat pembayaran.

Dapatkan UUM Alumni Privilege Card di sini: https://uumalumni.my/index.php/en/privilege-card/faq

Wednesday, 27 April 2022 09:02

ALUMNI SOL BANTU JAYAKAN PROJEK WAKAF BUKU

UUM ONLINE: Kuala Lumpur - Pusat Pengajian Undang-Undang (SoL) bakal melancarkan projek wakaf buku dengan kerjasama Universiti Utara Malaysia Kampus Kuala Lumpur (UUMKL), Pusat Alumni UUM dan Unit Penyelidikan Shariah dan Undang-Undang Perniagaan Islam (SHURA).

UUM ONLINE: Universiti Utara Malaysia (UUM) mencipta sejarah apabila menerima penarafan Times Higher Education (THE) Impact Rankings 2022 edisi keempat yang diumumkan pada jam 2 pagi tadi waktu tempatan. 

Penyertaan UUM buat kali pertama itu terus mendapat pengiktirafan apabila disenaraikan di kedudukan 401-600 daripada 1,524 universiti yang tersenarai dari 110 negara di seluruh dunia.

Oleh: Siti Fatimah Abdullah

Gambar oleh: Muhammad Shamsul Shafie

 

UUM ONLINE: Alumni UUM, Shazmi Ali Sardar Ali memperuntukkan sebanyak RM22,000 sebagai biasiswa kepada 11 pelajar bagi meneruskan pengajian dengan lebih bersemangat di UUM.

Naib Presiden SHELL Malaysia yang juga Profesor Adjung School of Business Management (SBM) dan Ahli Majlis Eksekutif Persatuan Alumni UUM itu berharap usaha yang dilakukan ini menjadi pemangkin dan inspirasi kepada lebih ramai alumni untuk tampil memberi sumbangan.

Page 4 of 24