YAN, 3 Mac 2024: Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menjalankan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (USR) melalui Pusat Alumni UUM dengan kerjasama Pusat Khidmat Wakil Rakyat Sungai Limau yang diadakan di Sekolah Rendah Integrasi Islam (SRITI) Pusat Tahfiz Ibnu Abbas yang merupakan sebuah inisiatif penting membina jalinan hubungan yang lebih dekat serta memberi manfaat secara langsung kepada komuniti.
Pusat Khidmat Wakil Rakyat Sungai Limau juga sudi bekerjasama dalam menjayakan program ini dalam memberikan khidmat kepada komuniti. Program ini telah dirasmikan oleh EXCO Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan Negeri Kedah iaitu Yang Berhormat Ustaz Mohd Azam bin Abd Samat.
Sesi motivasi kepada pelajar berjumlah 41 orang yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2024/2025 disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Hendrik Lamsali, Pensyarah Universiti Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML).
Kumpulan Ladang-Ladang Perbadanan Kedah juga turut memberikan sumbangan keperluan asas seperti beras, gula,bihun kepada komuniti sekitar yang berjumlah 42 orang. Rumah asnaf yang terpilih untuk dibuat penambahbaikan pula ditaja oleh HL Padu Entereprise. Alumni-alumni UUM bukan sahaja kembali berbakti menyumbangkan ilmu tetapi juga sumbangan penajaan program.
Pusat Alumni mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua rakan kerjasama iaitu Pusat Khidmat Wakil Rakyat Sungai Limau, Kumpulan Ladang-Ladang Perbadanan Kedah, HL Padu Entreprise, Let’s Play Perfomance, Pulun Cetak CPH.

