Saturday, 08 October 2022 14:23

SINTOQIAN JUARA BOLA SEPAK ALUMNI UUM.

Written by

SINTOK, 8 Oktober –  Sintoqian Soccer Club (SSC) berjaya menewaskan pasukan Legend UUM 2-0 untuk dinobatkan selaku juara pada pertandingan bolasepak alumni universiti sempena program Homecoming of UUM Footballers 2022.

Program yang telah dihadiri seramai 200 orang alumni serta ahli keluarga mereka itu dilangsungkan di Stadium Pusat Sukan UUM.

 Pertandingan yang bertujuan bagi mengeratkan lagi ukhwah persahabatan dalam kalangan alumni dan universiti itu, turut disertai 6 pasukan alumni lain, iaitu CARGAS FC (1997), BRO-99 FC (1999), UUM LEGEND (1990), ULLASAM FC (1998), VETERAN UUM FC dan PAUUM FC

Pasukan Sintoqian FC berjaya membawa pulang piala pusingan yang disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Dr. Ahmad Martadha Mohamed.

Dr. Ahmad Martadha dalam ucapannya berkata, beliau amat bangga apabila melihat para alumni UUM mampu untuk berkumpul dan mengadakan program seperti ini.

“Saya juga mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada para alumni yang hadir menjayakan program ini di UUM.” katanya.