Berita dan gambar oleh: Muhammad Hafizal Faiz bin Suhaime
KDEB Waste Management (KDEBWM) merupakan sebuah syarikat yang menguruskan perkhidmatan sisa domestik di negeri Selangor.
Menurut Pengarah Urusan KDEBWM, Tuan Haji Ramli Tahir yang merupakan alumni UUM tahun 1996, "terdapat 12 orang alumni UUM termasuk beliau yang bersama-sama menguruskan syarikat ini".
"Ia merupakan suatu kebanggaan di mana produk UUM (alumni) mampu untuk mengendalikan sebuah syarikat yang besar bersama-sama," tambah beliau.
Lawatan yang diadakan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Prof. Madya Dr. Hendrik Lamsali bersama Pengarah Pusat Alumni, Prof. Madya Dr. Lily Julienti Abu Bakar adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara universiti dengan alumni di industri.
Pelbagai perkara untuk kolaborasi telah dibincangkan dan ia boleh memberi suatu impak yang baik kepada universiti terutamanya pelajar dan industri.
Turut hadir Penolong Pengarah, Encik Halim Md Yatim dan Penolong Pegawai Tadbir Pusat Alumni, Encik Muhammad Hafizal Faiz Suhaime.