Gambar & Berita oleh: Muhammad Hafizal Faiz bin Suhaime
Pusat Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM) mengadakan lawatan ke My-Sutera Group Sdn. Bhd. bertempat di Shah Alam baru-baru ini.
Kunjungan yang diketuai oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Prof. Madya Dr. Hendrik Lamsali bersama-sama Pengarah Pusat Alumni, Prof. Madya Dr. Lily Julienti Abu Bakar telah membincangkan beberapa perkara yang boleh disumbangkan kepada para pelajar dan alumni UUM oleh pihak industri.
Ketibaan Pusat Alumni UUM disambut oleh Ketua Pegawai Strategik My-Sutera, Dato' Johary Al Bakry juga merupakan alumni UUM tahun 1993. Syarikat My-Sutera Group merupakan pemilik kepada pakaian uniform sekolah jenama Canggih dan juga merupakan rakan kolaborasi.
Turut hadir dalam kunjungan ini ialah Penolong Pengarah, Encik Halim Md Yatim dan Penolong Pegawai Tadbir Pusat Alumni, Muhammad Hafizal Faiz bin Suhaime.