Oleh: Siti Nor Faizah Bt Mohd Basir
Gambar: Media Alumni
Seramai 40 orang pelajar Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC) telah terlibat dalam Minggu SuaiKenal Pelajar Baharu yang telah diadakan secara maya menerusi ruangan live Facebook SOC, UUM.
Timbalan Dekan Pusat Pengajian Pengkomputeran, Prof. Madya Dr. Osman Ghazali mengalu-alukan kehadiran pelajar-pelajar baharu dan berharap agar semua pelajar baharu dapat meneruskan kecemerlangan SOC di bawah program masing-masing.
Program ini turut disertai oleh Nor Izham Subri, Pensyarah Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) yang juga merupakan alumni SOC UUM.
Menurut Nor Izham Subri dalam perkongsiannya mengingatkan supaya pelajar-pelajar baharu perlu mempunyai semangat untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang pengajian masing-masing.
Beliau turut mengalu-alukan jalinan kerjasama antara pihak SOC dengan para alumni terutamanya dalam kalangan alumni SOC bagi membantu dalam meningkatkan kecemerlangan pelajar-pelajar SOC UUM.

