Oleh: Putri Lailatul Nadhirah
Gambar : Pusat Sukan UUM
UUM ONLINE: : Isu sukan bukanlah sesuatu perkara yang remeh, ia juga penting untuk masa hadapan.
Sehubungan itu, Pusat Sukan UUM dengan kerjasama Pusat Alumni UUM telah menganjurkan sebuah program UUM Alumni Athlete Knowledge Sharing Session dengan tujuan utama penganjuran program ini sebagai satu medium kepada para Atlet Alumni UUM untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman kepada pelajar secara maya melalui Facebook Live.
Perkongsian tersebut diserikan dengan kehadiran panel jemputan, Muhammad Wafiyuddin Abdul Manaf yang merupakan alumni UUM dalam jurusan Sarjana Muda Pengurusan Awam tahun 2016. Turut hadir, Encik Zul Rusydi Hussin sebagai moderator pada hari tersebut.
Pengalaman Wafiyuddin yang sering melibatkan diri dalam sukan golf di UUM telah menjadikan beliau seorang Professional Golfer. Katanya, “sukan dapat menjamin masa hadapan.
Selain menceritakan isu berkaitan sukan, Wafiyuddin juga berkongsi mengenai cara menyeimbangkan masa bersukan dan belajar serta sokongan yang beliau terima yang membantu beliau untuk terus berjaya dalam sukan golf ini.

