Monday, 27 September 2021 09:16

MAJLIS BACAAN YASIN & TAZKIRAH UUM

Written by

Oleh: Nurin Sabrina

Gambar: Media Alumni

Seramai 90 orang alumni dan kakitangan Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mengikuti program bacaan Surah Yasin dan tazkirah secara dalam talian anjuran Pusat Alumni UUM pada hari Sabtu, 25 September 2021.

Bacaan Surah Yasin tersebut yang bertujuan mendoakan kesejahteraan negara, khususnya warga UUM dan alumni telah dipimpin oleh Prof. Madya. Dr. Mohamad Khadafi Bin Hj. Rofie dari Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah UUM. Dr. Khadafi juga merupakan alumni UUM dalam bidang Pengajian Doktor Falsafah (Pengajian Islam) tahun 2015.

Turut hadir, dalam majlis ini, ialah Pengarah Pusat Alumni, Prof. Madya. Dr. Lily Julienti Binti Abu Bakar, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP), Encik Noor Azman Bin Yusof, Pusat Alumni dan warga kerja UUM.