Oleh: Putri Lailatul Nadhirah
Gambar: Media Alumni
UUM Online: Sintok- Seramai 102 alumni UUM telah bertemu secara maya dalam Alumni Town Hall: Mengenang Jasa Lembah Sintok yang dianjurkan Pusat Alumni pada 4 Julai 2021 lalu, bersempena Bulan Alumni 2021.
Program ini telah dikendalikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UUM, Prof. Madya Dr. Hendrik Lamsali sebagai hos utama, sambil dibantu oleh Pengarah Pusat Alumni UUM, Prof. Madya Dr. Lily Julienti Abu Bakar. Turut hadir menyampaikan ucapan dalam program ini ialah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah.
Perbincangan yang berlangsung selama dua jam telah digunakan oleh para panel dan jemputan khas untuk berkongsi perkembangan dan pengalaman ke arah memajukan universiti disamping mengeratkan hubungan silaturahim yang berterusan antara alumni dan UUM.
Pusat Alumni turut menerima derma berjumlah RM14,000.00, sumbangan daripada alumni program ini.
Program ini turut dimeriahkan lagi dengan sesi pengumuman peserta bertuah yang mendapat cenderamata khas dari Pusat Alumni.

