Wednesday, 28 July 2021 11:00

"ALUMNI COLLABORATION: BE YOUR OWN BOSS"

Written by

Oleh: Nurin Sabrina

Gambar: Media Alumni

UUM Online: Sintok- Aktiviti sempena bulan alumni UUM 2021 diteruskan lagi dengan menjemput dua orang alumni untuk berkongsi mengenai projek “Be Your Own Boss” inisiatif Perbadanan Nasional Berhad (Pernas).

Perkongsian tersebut bersiaran secara langsung melalui laman Facebook Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM), pada hari Isnin 26 Julai 2021. Prof. Madya Dr. Lily Julienti Binti Abu Bakar, selaku Pengarah Pusat Alumni UUM telah mengacarakan program tersebut.

Ketua Seksyen Pemasaran Francais Perbadanan Nasional Berhad, Muhammad Shafiq Bin Dato’ Abdul Halim, yang merupakan alumni UUM dalam Sarjana Pentadbiran Perniagaan pada tahun 2014 telah dijemput sebagai panel program ini bersama-sama dengan seorang lagi panel, Zulkiflee Yusof yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas He & She Coffee. Zulkiflee adalah alumni UUM pada tahun 1997 dalam bidang Sarjana Muda Perakaunan.

Dalam pertemuan tersebut, Muhammad Shafiq mewakili Pernas telah membincangkan mengenai peranan Pernas bagi membantu para usahawan dalam menubuhkan syarikat atau organisasi mereka sendiri. Menurutnya, antara peranan Pernas adalah menyediakan latihan dan kursus untuk keusahawanan, menyediakan perkhidmatan yang menyokong produk francais, pelaburan ekuiti dan menyediakan hartanah.

Zulkiflee pula telah berkongsikan ilham penubuhan kafe beliau di kampus-kampus Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) melalui pengalaman yang diperolehi semasa melihat penubuhan Starbuck Outlet dalam beberapa kampus universiti di Korea.

Pusat Alumni berharap agar para penonton mendapat serba sedikit pengetahuan daripada perkongsian tersebut.

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.