Gambar : Pusat Sukan Universiti Utara Malaysia
Oleh : Pusat Sukan UUM
Pusat Sukan Universiti Utara Malaysia dengan kerjasama Pusat Alumni UUM telah menganjurkan Program UUM Alumni Athlete Knowledge Sharing Session dengan tujuan utama penganjuran program ini sebagai satu medium kepada para Atlet Alumni UUM untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman kepada pelajar.
Program UUM Alumni Athlete Knowledge Sharing Session Series 2 telah dijalankan pada 23 November 2021 (Selasa) pada jam 3.00 petang dengan tetamu jemputan iaitu Encik Zulfatah Dzulkarnain dan Encik Zul Rusydi Hussin sebagai Moderator.
Pada sesi kedua ini Encik Zulfatah yang merupakan bekas pemain Bola Sepak Negeri Kedah yang juga merupakan Alumni UUM pada tahun 1995 dalam Ijazah Sarjana Muda Perakaunan telah berkongsi pahit manis beliau sepanjang penglibatan beliau dalam sukan dan akademik sepanjang pengajian di UUM.
Oleh: Siti Nor Faizah Bt Mohd Basir
Gambar: Media Alumni
Seramai 40 orang pelajar Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC) telah terlibat dalam Minggu SuaiKenal Pelajar Baharu yang telah diadakan secara maya menerusi ruangan live Facebook SOC, UUM.
Timbalan Dekan Pusat Pengajian Pengkomputeran, Prof. Madya Dr. Osman Ghazali mengalu-alukan kehadiran pelajar-pelajar baharu dan berharap agar semua pelajar baharu dapat meneruskan kecemerlangan SOC di bawah program masing-masing.
Program ini turut disertai oleh Nor Izham Subri, Pensyarah Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) yang juga merupakan alumni SOC UUM.
Menurut Nor Izham Subri dalam perkongsiannya mengingatkan supaya pelajar-pelajar baharu perlu mempunyai semangat untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang pengajian masing-masing.
Beliau turut mengalu-alukan jalinan kerjasama antara pihak SOC dengan para alumni terutamanya dalam kalangan alumni SOC bagi membantu dalam meningkatkan kecemerlangan pelajar-pelajar SOC UUM.