Tuesday, 20 September 2022 12:10

ALUMNI IMBAU KENANGAN 30 TAHUN LALU DI UUM.

Written by

Oleh: Siti Nor Faizah Binti Mohd Basir.

Sintok – Tanggal 16 September iaitu pada Hari Malaysia baru-baru ini telah menyaksikan kepulangan 38 orang alumni-alumni yang datang ke bumi sintok ini setelah sekian lama meninggalkan kampus UUM bersempena dengan Majlis Alumni Homecoming Hari Malaysia, di Dewan Sri Angsana, Hotel EDC-UUM.

Kumpulan alumni yang mendaftar masuk ke UUM pada tahun 1992 dulu berasa begitu teruja melihat perubahan suasana di UUM yang lebih kondusif dan mengujakan.

“Saya melihat suasana UUM sangat banyak perubahan jika dibandingkan dengan dulu. Dulu tiada go-kart, sekarang dah ada. Dulu tiada hotel, sekarang sudah ada Hotel EDC-UUM yang hebat ini” kata Sivaramayah Sivalingam yang juga merupakan pengerusi kepada jawatankuasa alumni yang menganjurkan program alumni homecoming ini.

Dalam majlis itu, Pengarah Pusat Alumni UUM, Profesor. Madya. Dr. Lily Julienti Abu Bakar, berkata kepulangan alumni-alumni ini adalah merupakan kepulangan yang dinantikan oleh pihak universiti dan ia merupakan satu penanda aras yang menunjukkan hubungan baik antara universiti dengan alumni.

Beliau dalam ucapannya berkata, “Bagi pihak universiti, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada kumpulan alumni ini yang telah sudi menyumbangkan wang tunai sebanyak RM3,000.00 kepada Persatuan Silambam UUM melalui Pusat Alumni, bagi tujuan pelaksanaan program-program pelajar selepas ini”.

Persatuan Silambam UUM yang hadir pada majlis ini telah menyerikan majlis dengan persembahan nyanyian.

Turut sama hadir ialah Penasihat Persatuan Silambam UUM, Ts. Dr. Mathivannan a/l Jaganathan.