Pada pertemuan berkenaan, Prof. Dr. Haim telah melahirkan hasrat UUM untuk menjadikan i-LEAD sebagai rakan strategik UUM dalam melahirkan golongan muda atau belia holistik yang bakal mencorak kepemimpinan negara pada masa hadapan.
Di samping itu, beliau juga menawarkan peluang melanjutkan pelajaran kepada warga i-LEAD di UUM dengan menggunakan saluran Accreditation of Prior Experiential Learning (APEL), tawaran mengikuti Program Pembangunan Eksekutif dalam Pengurusan serta merangka program kepimpinan secara bersama.
Melalui penawaran berkenaan, UUM akan mengeluarkan sijil program yang dilaksanakan yang secara tidak langsung akan memberi nilai tambah kepada kakitangan i-LEAD setelah mengikuti program berkenaan.
Sementara itu, Mohd Haswandi berkata, beliau menyambut baik hasrat Universiti ini untuk menjadikan i-LEAD sebagai rakan strategik demi manfaat bersama.
Selain itu, pihaknya juga akan mempertimbangkan tawaran baik yang dikemukakan UUM khususnya yang membabitkan peluang menyambung pengajian.
“Sebagai permulaan kerjasama, i-LEAD akan mengadakan program Intrinsik dan Seminar Kepimpinan di UUM pada tahun ini,” katanya.

