Thursday, 17 February 2022 19:05

PROGRAM JARINGAN BERSAMA RAKAN KOLABORASI UUM ALUMNI PRIVILEGE CARD

Berita oleh: Muhammad Hafizal Faiz

Gambar oleh: Anis Zulaikha

 

Pengarah Pusat Alumni UUM, Prof. Madya Dr. Lily Julienti Abu Bakar bersama-sama Timbalan Pengarah Pusat Alumni, Encik Halim Md. Yatim dan staf telah mengadakan lawatan jaringan bersama rakan kolaborasi UUM Alumni Privilege Card sekitar Alor Star dan Sungai Petani.
 
Pembangunan pelajar dalam bidang keusahawanan antara agenda yang dibincangkan selain daripada program kolaborasi, promosi dan kelebihan yang boleh diberikan kepada pemegang Kad Istimewa Alumni.
 
Selain itu, Pengurus Mewah Kurnia Abadi Sdn. Bhd (Francais Operator Marrybrown Alor Setar), Puan Norharizan Hj. Hussain
Alumni UUM, Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (2018) & Sarjana Pentadbiran Perniagaan (2020) turut menyerahkan Baucer Kad Pelajar Marrybrown yang akan diberikan kepada semua graduan UUM pada Majlis Konvokesyen Mac nanti.
 
"Reminiscing the Past, Embracing the Future"
 
Ikuti Kami :
Hotline: mywa.link/mlsoj9y8
 
Channel Telegram : https://t.me/alumniUUM
 
Kemaskini AMIS: www.uumalumni.my