Berita dan Gambar: Muhammad Hafizal Faiz Bin Suhaime
SINTOK 27 Dis - Pusat Alumni UUM pada hari ini menyantuni kehadiran Pengarah Pusat Alumni & Kerjaya USIM, Encik Mohd Asri dan staf-staf yang hadir ke UUM dalam satu lawatan kerja.
Lawatan ini dimulakan dengan taklimat berkenaan Kampus UUM oleh staf Anjung Tamu dan seterusnya taklimat Pusat Alumni UUM oleh Pengarah Pusat Alumni UUM, Prof. Madya Dr. Lily Julienti Abu Bakar.
Pelbagai perkara telah dibincangkan termasuk berkongsi idea bagaimana hendak memantapkan lagi aktiviti-aktiviti yang boleh menarik alumni-alumni untuk kembali kepada alma mater mereka.
Turut hadir Penolong Pengarah Pusat Alumni UUM, Encik Halim Md Yatim, staf-staf Pusat Alumni UUM, Encik Khairul Azman Rohim dan Encik Muhammad Hafizal Faiz Suhaime.

