Oleh: Maizatul Akmar Zulkafli
Media: Muhammad Hafizal Faiz Suhaime
UUM Online: Sintok- Marrybrown Cawangan Alor Setar telah menyerahkan tajaan baucer Marrybrown kepada 2,600 pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 5 Disember 2021 lalu.
Baucer tersebut telah diserahkan sendiri oleh Francais Operator, Norharizan Hj Hussain kepada Prof. Madya Dr. Hendrik Lamsali, TNC HEPA bertempat di Bangunan Canselori.
Norharizan merupakan Alumni UUM tahun 2018 (Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan) dan 2019 (Sarjana Pentadbiran Perniagaan). Beliau juga merangkap rakan kolaborasi UUM Alumni Privilege Card.
Dalam pertemuan itu, beberapa perkara telah dibincangkan, antaranya seperti kerjasama atau pemain industri dan universiti untuk pembangunan pelajar dan universiti.
Turut terlibat dalam sesi penyerahan tersebut ialah Pengarah Pusat Alumni UUM, Prof. Madya Dr. Lily Julienti Abu Bakar.

