Tuesday, 21 September 2021 10:14

ALUMNI UUM DARI MARRYBROWN ALOR SETAR TAJA JAMUAN PETUGAS SUKARELAWAN PUSAT PEMBERIAN VAKSIN (PPV) UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)

Oleh: NURIN SABRINA

Gambar oleh: Media Alumni

Sintok: Universiti Utara Malaysia dilantik sebagai PPV “Outreach” bagi masyarakat setempat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, mulai 7 Ogos 2021 lalu. PPV “Outreach” yang bertempat di Dewan Muadzam Shah UUM tersebut dikendalikan oleh KKM dan 100 petugas sukarelawan yang terdiri daripada kakitangan dan pelajar UUM.

Bagi menghargai keringat para petugas sukarelawan yang berkhidmat di PPV UUM, pengurus Mewah Kurnia Abadi Sdn. Bhd, Norharizan Bt Hj. Hussain yang merupakan Francais Operator Marrybrown Alor Setar berbesar hati menaja jamuan kepada para petugas sukarelawan yang berkhidmat di PPV UUM. Norharizan merupakan alumni UUM pada tahun 2018 bagi Sarjana Muda dan 2020 di peringkat Sarjana.

Sumbangan tersebut telah diterima oleh Pengarah Pusat Kesihatan UUM, Dr. Adi Azhar Bin Abdul Razak, disaksikan oleh Encik Khairone Bin Md. Khatidin selaku penyelaras sukarelawan UUM, dan Encik Khairul Azman Bin Rohim selaku wakil daripada Pusat Alumni UUM.

Pusat Alumni mewakili Universiti Utara Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih kepada Marrybrown Alor Setar atas penajaan makanan tengah hari kepada para petugas sukarelawan PPV UUM.