Friday, 03 September 2021 12:56

UUM KEKAL KEDUDUKAN 601-800 THE WORLD UNIVERSITY RANKINGS 2022, KETIGA DI MALAYSIA

 
UUM ONLINE: Universiti Utara Malaysia (UUM) mengekalkan kedudukan 601-800 dalam Times Higher Education (THE) World University Rankings 2022 yang diumumkan hari ini.
Kedudukan itu juga meletakkan UUM sebagai universiti ketiga terbaik di Malaysia dengan berada di kedudukan sama seperti tahun lalu.
Penilaian THE World University Rankings ini mengambil kira lima indikator utama iaitu Teaching (30 peratus), Research (30 peratus), Citations (30 peratus), International outlook (7.5 peratus) dan Industry income (2.5 peratus).
 
Keputusan yang diumumkan kali ini telah menyaksikan sebanyak 1662 universiti dari 99 negara seluruh dunia tersenarai dalam THE World University Rankings 2022.
Malahan, di Malaysia sahaja turut menunjukkan peningkatan sebanyak 18 universiti yang berjaya disenaraikan dalam ranking dunia tersebut.
 
Tahniah UUM!