Wednesday, 30 June 2021 23:40

PKPD UUM: ALUMNI SUMBANG BARANG KEPERLUAN PELAJAR DAN PETUGAS SUKARELAWAN

Written by

Gambar dan Berita Oleh: Muhammad Hafizal Faiz

Sintok: Kampus Universiti Utara Malaysia (UUM) telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD mulai 13 Jun hingga 26 Jun 2021.

Selaras dengan arahan tersebut, semua pelajar dan staf yang berada di dalam kampus UUM tidak dibenarkan untuk keluar daripada kampus sepanjang tempoh tersebut.

UUM menerima banyak sumbangan daripada pelbagai pihak termasuklah alumni-alumni UUM yang turut menyumbang barang keperluan seperti makanan ringan kepada para pelajar UUM.

Sumbangan berupa makanan ringan telah disumbang oleh Encik Mohd Aiman Nahzeri, alumni Sarjana Muda Undang-undang tahun 2017 yang mewakili sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Sahabat Brotherhood Pokok Sena.

Sumbangan ini diserahkan kepada Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) (TNC HEPA), Prof. madya Dr. Hendrik Lamsali.

Disamping itu, UUM turut menerima sumbangan daripada syarikat roti tersohor negara Gardenia yang turut dibantu oleh kumpulan alumni UUM tahun 2001 (Sintoqian 98).

Selain daripada barangan makanan, Pusat Alumni UUM turut menyumbang barang keperluan perlindungan diri untuk kegunaan para petugas sukarelawan di Pusat Kuarantin Risiko Rendah (PKRC) Bukit Kachi, UUM.

Sumbangan sebanyak 200 unit setiap satu iaitu PPE, Shoe Cover, Facemask, Face Sheild, dan sarung tangan getah diserahkan kepada Komanden PKRC Bukit Kachi, UUM, Dr. Che Mohd Aziz Yaacob sambil disaksikan TNC HEPA oleh wakil Pusat Alumni Encik Khairul Azman Rohim yang juga merupakan petugas sukarelawan PKRC Bukit Kachi, UUM.