Wednesday, 23 June 2021 23:32

PKPD UUM: MARRYBROWN CAWANGAN ALOR SETAR TAJA MAKAN TENGAHARI PETUGAS KARELAWAN UUM

Written by
Pusat Alumni mewakili Universiti Utara Malaysia (UUM) mengucapkan ribuan terima kasih kepada Mewah Kurnia Abadi Sdn.Bhd. (Marrybrown Cawangan Alor Setar) di atas penajaan makanan tengahari para petugas sukarelawan UUM.
Sumbangan diserahkan oleh Pengendali Francais Marrybrown Alor Setar, Puan Norharizan Hussain, yang juga merupakan alumni UUM tahun 2018 (Sarjana Muda) dan 2020 (Sarjana) kepada Pengarah Bahagian Perkhidmatan Dan Sokongan Pelajar, Prof. Madya Dr. Rajwani Md. Zain.