Persatuan Alumni BroSis 99 UUM telah menyumbang Kelengkapan Perlindungan Diri kepada para pelajar dan petugas sukarelawan UUM pada 18 Jun 2021.
Sumbangan berupa barangan dan wang tunai bernilai ????,??? melalui kurier ini diterima dan diserahkan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Prof. Madya Dr. Hendrik Lamsali yang mewakili ahli-ahli Persatuan Alumni BroSis 99 UUM kepada Pengarah Bahagian Perkhidmatan Sokongan Pelajar, Prof. Madya Dr. Rajwani Md. Zain.

