Terima kasih diucapkan kepada alumni-alumni UUM Sintoqian 98 atas sumbangan kepada pelajar-pelajar UUM. Sumbangan barangan makanan bernilai RM23,000 diserahkan oleh wakil Sintoqian 98 Tn. Hj. Zambri Mat kepada Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Prof. Madya Dr. Hendrik Lamsali dan Pengarah Bahagian Perkhidmatan Sokongan Pelajar, Prof. Madya Dr. Rajwani Md. Zain.

