Monday, 19 April 2021 10:54

ALUMNI ENGAGEMENT: TAZKIRAH RAMADAN, JUADAH PILIHANKU

Written by
Oleh: Faizatul Fauzi
Gambar Oleh: Hafizal Faiz
 
Sintok: Pusat Alumni telah mengadakan program bersempena Ramadhan Al-Mubarak iaitu Alumni Engagement: Juadah Pilihanku.
Program yang bertajuk Juadah Pilihanku ini dikendalikan oleh Penolong Pengarah Pusat Alumni, En Halim Md Yatim dan ditemani oleh tetamu jemputan iaitu Ketua Pegawai Operasi Sekolah Zakat Kedah, Ustaz Dr. Mohd Faisal Mustaffa.
Forum bual bicara ini telah mengupas beberapa topik iaitu juadah yang bermanfaat untuk iman dan rohani seperti mengerjakan solat tarawih, membaca al-Quran dan melakukan apa saja ibadah yang mengikut syarak.
Selain itu, En Halim turut menguar-uarkan projek yang sedang dilaksanakan oleh Pusat Alumni iaitu Projek Iftar dan Sampul raya. Pusat Alumni turut mengalu-alukan para alumni, individu atau syarikat yang berhajat untuk menyumbang kepada program ini.