Wednesday, 25 November 2020 15:36

TERIMA KASIH ALUMNI UUM | SUMBANGAN LAPTOP B40 UUM

Written by
Pada 20 November lalu Pusat Alumni UUM telah menerima sumbangan 10 unit komputer riba daripada alumni-alumni Universiti Utara Malaysia di Bangi.
Sumbangan yang diterima oleh Pengarah Pusat Alumni sendiri Dr. Muslimin Wallang sedikit sebanyak dapat membantu dalam menjayakan "Projek Bantuan Laptop B40 UUM".
Seterusnya komputer riba tersebut diserahkan kepada Prof. Madya Dr. Rajwani Md. Zain, Pengarah Bahagian Perkhidmatan dan Sokongan Pelajar (SSSD),
Jabatan Hal Ehwal Pelajar UUM oleh En.Omar Ibrahim, Penolong Pengarah Kanan Pusat Alumni untuk diagihkan kepada pelajar-pelajar dari golongan B40 yang layak.
Turut hadir En. M. Shahadat Nordin, Penolong Pengarah SSSD.
 
Kepada alumni-alumni UUM yang berhajat untuk menyumbang boleh hubungi Pusat Alumni UUM di talian 04-928 4036 atau SSSD 04-928 4083.
Sekian