Program berbentuk sembang santai dan ramah mesra anjuran Bahagian Pemasaran itu telah disertai Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Ahmad Bashawir Abdul Ghani bersama Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya Dr. Hendrik Lamsali di Welcome Centre.
Pengarah Pemasaran, Norazlin Abd Jalil berkata, program santai bareng yang melibatkan dua negara serumpun ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia.
Selain itu, katanya, program tersebut adalah untuk memberi peluang kepada alumni UUM dari negara Indonesia untuk berkongsi maklumat dan pengalaman mereka sepanjang melanjutkan pengajian dan bergelar graduan UUM.
“Kami ingin menarik lebih ramai pelajar antarabangsa khususnya dari Indonesia untuk memilih UUM sebagai pilihan utama mereka bagi melanjutkan pengajian, di samping mempromosikan UUM sebagai Universiti Pengurusan Terkemuka terutamanya dalam pasaran Indonesia selaras dengan tagline UUM #WeAreGlobal.
“Saya berharap sesi seperti ini memberi manfaat kepada semua pihak dalam usaha meningkatkan jaringan kerjasama dengan Indonesia,” katanya.
Program yang dikendalikan pensyarah kanan yang juga alumni Pusat Pengajian Antarabangsa, Dr. Mohammad Fajar Ikhsan sebagai moderator itu turut dimeriahkan dengan persembahan dari Pusat Budaya dan Seni serta Berjaya mendapat lebih 9000 capaian dengan lebih 50 perkongsian.
Hadir sama Penolong Naib Canselor UUM COLGIS, Prof. Madya Dr. Muhammad Fuad Othman; Penolong Naib Canselor UUM CAS, Prof. Dr. Huda Ibrahim dan Penolong Naib Canselor UUM COB, Prof. Dr. Salniza Md. Salleh serta alumni UUM Indonesia iaitu Akita, Teuku Aliyuddinsyah @ Ali, Rizky Amelia @ Kiki, Nur Damayanti @ Dr Rhia dan Rasyid Febriansya @ Raden.

