PUSAT ALUMNI UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

Image
PUSAT ALUMNI ditubuhkan pada tahun 2008 dengan agenda utamanya membantu pembangunan Universiti Utara Malaysia (UUM) melalui perkongsian pintar dengan alumni. Ia juga berfungsi sebagai penghubung antara alumni dengan Universiti. Pelbagai aktiviti dirancang dan dilaksanakan untuk mencapai objektif tersebut.

ALUMNI merupakan Graduan UUM dalam kategori ijazah pertama dan ijazah lanjutan yang menamatkan pengajian secara sepenuh masa, separuh masa, program kerjasama dan jarak jauh, yang berjaya menamatkan program pengajian dan diperakukan oleh senat untuk berkonvokesyen.